Wednesday, August 12, 2009

kadangkala aku lupa...

Kadangkala aku lupa
dunia ini hanya pinjaman
segalanya cuma suatu persinggahan
untuk sebuah perjalanan menuju abadi

Kadangkala aku lupa
mereka yang aku sayangi juga
hanyalah pinjaman daripadaNya
Dia yang memiliki segala-galanya

Aku dipinjamkanNya sebuah keluarga
keluarga yang amat aku sayangi
keluarga yang amat menyayangiku
Alhamdulillah
mereka masih bersamaku
untuk aku meneruskan hidup ini

Namun
kasih sayang mereka itu
sering membuatkan aku lupa bahawa
mereka hanyalah pinjaman dari Allah untukku
pinjaman yang entah bila akan diambil semula
aku takut memikirkan saat itu
kiamat kecil yang pasti
menimpa setiap hambaNya

Kasih sayang keluarga
keseronokan bersama kawan-kawan
kesibukan kerja
keakraban dengan dunia yang fana ini
membuatkan aku leka
sehinggakan

Kadangkala aku lupa
entahkan esok, entahkan lusa
aku akan dipanggil menghadap
Yang Maha Esa

Kadangkala aku lupa
aku sepatutnya lebih bersedia
untuk menghadapi
alam barzakh yang akan aku diami
selepas dunia ini aku tinggalkan selamanya...

No comments: