Abah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang abah sepertimu.
Abah,
Kehidupanku terasa bermakna
Dengan titik peluhmu
aku dan abang dan kakak mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan abang dan kakak mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan abang dan kakak mengenali Allah Yang Maha Esa.
Abah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.
Abah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.
No comments:
Post a Comment